Sunday 7 September 2014

SY-DNTI-01: Pengiktirafan Tokoh Perubatan Islam Yang Hilang

LOG:

7 September 2014, 0740 - Saya terdetik hati untuk membaca buku setelah bangun seolah cukup tidur walhal hanya 2 jam sahaja. Saya hanya terpetik buku 'Sumbangan Karya Sains Hebat Islam Abad Pertengahan' secara rawaknya dari rak almari saya. Buku hasil penulisan Diyan Yulianto dan M. S. Rohman, terbitan Al-Hidayah. Saya tak bercadang untuk baca semua melainkan hanya 2 buah topik kecil yang menarik hati saya, iaitu:

--------------------------------------------------------------------
3.   Vaksinasi                                                 191

4.   Anesthesia dan Antiseptik                                 193
--------------------------------------------------------------------

Saya belek muka surat tersebut dan mula membacanya. Saya dapati fakta yang dikemukakan dalam dua topik ini juga agak mengejutkan saya, di mana pencapaian para ilmuwan dan tokoh Islam dalam bidang vaksinasi serta anesthesia dan antiseptik pada abad pertengahan tersebut tidak mendapat pengiktirafan. Malah pengiktirafan dunia sekarang hanya sekadar beralih ke tokoh-tokoh Eropah tanpa meletakkan rujukan pada penemuan asalnya.

Idea vaksinasi dalam abad pertengahan, dan saya cuba bayangkan. 'Wown that's amazing!' kata hati saya. At-Thabari orang pertama yang dapat menjelaskan kesan kutu buta (scabies) yang menyebabkan jangkitan penyakit kudis. Tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang lain turut mengemukakan kaedah vaksinasi untuk penyakit cacar air dengan menggunakan virus cacar sapi dan itu memang sungguh menakjubkan. Kemudian apa yang terjadi dalam dunia Eropah adalah 1720 dan Lady Montague dari Turki memperkenalkan kaedah tersebut, walaupun mendapat tentangan besar-besaran daripada pemerintahan mahupun gereja Eropah. Lalu Jenner Edward mencuba kaedah yang sama pada tahun 1790 dan akhirnya berjaya diperkenalkan dan diiktiraf, walaupun pada permulaannya percubaan beliau ke atas vaksin tersebut ditolak 100% pada awalnya oleh Royal Society of Medicine atas alasan kandungannya yang begitu kontroversi.

Beralih pada dunia anaestesia dan antiseptik pula, secara ringkasnya saya rumuskan dengan bentuk senarai berikut:

Anaestesia
- Abu Al-Qasim & Ibnu Zuhr, dua orang pakar yang berjaya mempraktikkan anaestesia dengan mencelup sejenis span pada bahan pembius lalu diletakkan pada wajah pesakit. (Walaupun saya tidak pasti betulkah apa yang saya bayangkan sama dengan praktikalnya yang sebenar tetapi tengok, idea itu tampak mudah!)
- Pakar perubatan muslim juga berjaya memperkembangkan beberapa jenis ubat bius opium sebagai bahan anaestesia.
- Ibnu Sina menghasilkan penulisan beliau tentang kegunaan opium dalam dunia perubatan sehingga mempengaruhi Paracelsus.

Antiseptik
- Ar-Razi memperkenalkan merkuri sebagai campuran utama kepada bahan antiseptik.
- Penggunaan alkohol tulen diperkenalkan bagi merawat luka terbuka.
- Kaedah penggunaan antiseptik sebelum dan semasa pembedahan diperkenalkan.
- Protokol khusus untuk menjaga kebersihan sepanjang pembedahan dijalankan turut diterapkan.
- Bangsawan dan orang kaya Eropah tertarik dengan penemuan dan kejayaan pakar-pakar perubatan muslim dan sanggup melawat ke Cordova, Sepanyol untuk mendapatkan rawatan terbaik.
-Cordova dikenali sebagai Mayo Clinic pada abad pertengahan.

HASIL SIMULASI:


1) INGIN TAHU (rujuk AL-LD-01): Kebetulan cuti semester baru bermula dan inilah masa yang sesuai untuk menerokai semua jenis pengetahuan dan kefahaman sebanyak-banyaknya. Saya terdetik untuk membaca buku tentang kejayaan Islam dalam abad pertengahan kerana saya tahu saya perlu berjuang dalam hidup juga demi agama saya, cuma tiada sumber motivasi terhadap mengapa saya perlu perjuangkannya. Pembacaan yang saya lakukan terbukti bahawa saya berjuang untuk Islam kerana ada kebenaran dan maklumat sejarah Islam yang sedihnya tidak menjadi buah mulut umum masyarakat.

2) PEMBACAAN (rujuk AL-LD-08): Seperti yang dinyatakan dalam seksyen INGIN TAHU, sifat tersebut akan melahirkan tindakan untuk memuaskan rasa ingin tahu tersebut, iaitu dengan membaca. Menurut pengalaman saya secara peribadinya, pembacaan melalui buku yang mashaf adalah lebih praktikal dan lebih disarankan daripada teks-teks digital.

3) BERJUANG (rujuk AL-LD-06): Melalui pembacaan ringkas tersebut, perasaan saya terdetik untuk membawa perjuangan Islam ini dalam pelbagai cara, dan cara yang terdekat tersebut adalah dengan menulis artikel ini dan terus memperkembangkan blog 'ALwan as-SYabab' selepas ini.

KONKLUSI UMUM:

1) Jika anda rasa kehilangan menentukan halatuju perjuangan hidup, sila jentikkan rasa INGIN TAHU.
2) Lahirkan tindakan untuk memBACA hanya daripada rasa ingin tahu tersebut.
3) PERJUANGkan hidupmu berberkalkan kefahaman yang telah anda telaahi.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:

Z-ALSY-9601

No comments :

Post a Comment