Thursday 13 October 2011

Segarkan Hatimu dengan Titisan-titisan Embun Keimanan



Dengan nama Allah yang menciptakan dirimu dan diriku..

Alhamdulillah, kali ini Synergy Media menerbitkan satu lagi majalah yang dinanti-nanti oleh mereka yang dahagakan ilmu dan cintakan Islam, segala yang bermanfaat itu eloklah sama-sama diterjemahkan dalam mengejar status "khairu ummah" yang menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai 'manual kehidupan'.

Edisi ke-6 kali ini bakal mengupas isu pentingnya menyucikan debu dosa yang melekat pada hati dengan air mata taubat dan keinsafan yang tidak berbelah bahagi, semoga intipati di dalamnya bakal bergema di dalam jiwa kita agar sentiasa terdorong untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang terbaik!!!

Mudah-mudahan, insyaAllah.

Layarilah laman web kami di synergymedia.com.my.

Tuesday 11 October 2011

Disirami Titisan Kerinduan (Bahagian I)



Menaburi Benih Pembuka

Assalamualaikum w.b.t... 

Segala puji ke hadrat Rabb Yang Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi hamba-hambaNya yang masih terkapai-kapai di dunia yang fana ini kerana mengizinkan saya menaburkan benih untuk membuka blog ini semula yang telah lama terpinggir di persimpangan sesawang atas sebab-sebab tertentu, semoga dengan entri terbaru ini kepompong perhatian para pembaca masih mampu diketuk semula. Selawat dan salam juga kepada utusan Allah junjungan kita semua Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat dan juga keluarga baginda yang telah lama memperjuangkan kalimat "Laa ilaaha illallah" sehinggalah ke akhirnya di mana kita masih mampu merasai nikmat Islam dan iman yang telah menyelimuti kita sehingga ke hari ini.