Wednesday 18 April 2012

Kurangkan Tekanan, Tingkatkan Keluasan



Sekali lagi... still berhabuk betul! Bagi vacuum cleaning sedikit blog ni... Dah, ok la tu... =_=

Tuesday 3 April 2012

Menata Kesibukan Dalam Hidup (Penulisan Seorang Senior)


oleh: Ukt. Atifah Ahmad Yusoff


+++++++


Sibuk.



Ramai di antara kita takut untuk menjadi sibuk berbanding untuk lapang. Jika ada dua pilihan antara sibuk dan lapang, tentu pilihan untuk lapang dan hidup santai yang akan kita pilih. Sekalipun kita sedia maklum, masa lapang adalah ujian pada kita yang sering kita lupakan.

Dua nikmat yang sering dilupakan manusia; sihat dan masa lapang
[HR Bukhari]

Sunday 1 April 2012

Cintaku Hanya UntukMu

Hakikat dalam bercinta, apabila disebut-sebutkan nama kekasihnya ataupun orang lain bercerita tentangnya maka terbunga-bunga hatinya, terasa kebahagiaannya ibarat keindahan bunga-bunga di taman yang belum tentu kekal keindahannya...

Bila kali terakhir agaknya hati kita terbunga-bunga apabila hanya sekadar disebut-sebutkan nama Allah ataupun diceritakan tentang kebesaranNya lalu terasa kebahagiaan dalam hati ibarat keindahan bunga-bunga di syurga yang jauh lebih nikmat?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Allahlah mereka bertawakal.
[Q.S. Al-Anfaal, 8:2]

...atau tidak pernah termekar langsung? Kalau begitu di mana agaknya paras keimanan kita?
Begitu sukarkah hati ini untuk mencintai Dia dengan sebenar-benar iman kita?
Atau iman itu sendiri yang belum cukup hendak melindungi jiwa ini agar terus berada dalam lingkaran cintaNya?

Kalau begitu, mengapa kita masih terkejar-kejar memburu cinta yang belum tentu jaminannya?
Apa patut kita masih terjinak-jinak dengan budaya couple yang memang jelas keharamannya?
Apa patut kita masih terkejar-kejar dengan idola-idola bola sepak mahupun artis yang asyik menggadaikan masa-masa berharga kita?
Apa patut kita masih terkial-kial dalam laman-laman sosial serta hiburan-hiburan yang memang jelas tidak memberi jaminan kebahagiaan pun dalam hidup kita?

Nak kata "tidak patut" memang mudah, tapi nak amal kata "tidak patut" itu masih ada kemungkinankah, jika paras keimanan kita masih lagi seperti sampah?

Nak kata "tidak patut" di hadapan orang memang mudah, tapi nak kita sendiri mengatakan "tidak patut" di hadapan Allah itu masih ada kemungkinankah, jika amal kita pun sudah berkulat sebegitu rupa?

Nak kata "tidak patut" dengan gerak bibir itu memang mudah, tapi nak kata "tidak patut" dengan gerak hati itu ada kemungkinankah, jika hidup kita hanya asyik berorientasikan seperti golongan yang telah digelar oleh Allah sebagai 'haiwan ternak'?

Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.
[Q.S. Al-A'raf, 7:179]

-ALLAH TELAH MENUNJUKKAN JALANNYA, NAMUN TIDAK RAMAI YANG MAHUKANNYA-