Sunday 27 November 2011

Marilah Merancang (Prolog)

Assalamualaikum w.b.t. dan minta maaf atas pengabaian saya buat seketika waktu untuk terus menulis dalam blog ini. Sekali lagi, minta maaf saya dahulukan kerana telah lama saya biarkan blog ini masih berada dalam warna yang sama, diiringi kesunyian tanpa terus diwarnai dengan butiran-butiran penulisan yang bermakna lagi. Tapi itu bukanlah bermakna hati kita juga dibiarkan sunyi tanpa terus diwarnai dengan nilai-nilai yang indah kan? Semoga hati-hati kita semua masih kekal dipayungi dengan payung rahmat yang dikurniakan oleh Allah ini dan terus kekal berada di bawah cahaya bimbinganNya.




Renungilah Betapa Pemurahnya Allah!

Monday 7 November 2011

Kaya Duit, Kaya Hati



Judul Buku : 
KAYA DUIT, KAYA HATI

Penulis Edisi Asal :
Muhammad Muhyidin

Penerbit Edisi Asal :
DIVA Press

Penterjemah Edisi Malaysia :
Nur Azlina

Penerbit Edisi Malaysia :
AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD.

Tahun Terbitan :
2011

Jika anda ditanya, "Adakah anda ingin menjadi orang bahagia tapi kurang harta atau menjadi orang kaya tapi kurang bahagia?" emm... Pilihan yang sukar sekali, tetapi pasti sebahagian besar kita lebih berani memilih menjadi yang kedua, sekalipun tahu risikonya. Kita cenderung merasa lebih mampu dan selesa hidup kaya tapi kurang bahagia, berbanding untuk menghadapi hidup bahagia tanpa harta. Betul kan?

Rasanya, kita semua mengimpikan untuk menjadi orang bahagia yang melimpah-limpah hartanya. Kita ingin memiliki kedua-duanya, walaupun amat sedikit sekali dari kita yang mampu meraihnya. Maka, masalah psikologi yang mesti anda hadapi kemudian adalah 'memilih', lalu 'menghadapi pilihan hidup' tersebut, kemudian bagaimana 'mengurus hati, jiwa dan fikiran' agar tidak terbelenggu oleh risiko-risiko hidup tersebut.

Buku ini menghadirkan pengurusan emosi dengan pendekatan yang amat lembut, memikat dan menenteramkan hati, bagaiman cara kita menghadapi kehidupan ini di saat kita telah masuk ke dalam situasi hidup yang sebenarnya.

Mahu kaya duit atau kaya hati...?

Harungilah kearifan hidup bersama buku smart ini. Semoga bertuah.

Sunday 6 November 2011

Persepsikan Dirimu Wahai Remaja

Alhamdulillah, satu lagi ilustrasi yang akhirnya berjaya saya siapkan dalam masa 2 hari. Bukanlah sepanjang 48 jam (agak-agaklah), namun jika ada kekosongan masa saya akan cuba melapangkannya untuk menghasilkan ilustrasi ini. 

versi Bahasa Malaysia