Sunday 15 September 2013

Selamat Tinggal Jahiliyyah PV Dah Keluar!



Alhamdulillah! Segala puji setinggi-tingginya kepada Allah s.w.t., saya dapat mempelajari banyak elemen yang tidak saya ketahui (tetapi saya terokainya sendiri) dalam software Final Cut Pro X selama hampir seminggu, dan akhirnya video muzik pertama saya telah pun berjaya disiapkan!

Selepas menonton video ini, saya amat berharap agar penonton/pembaca dapat memaknai mesej yang ingin saya sampaikan dalam lagu ini dan aplikasikan segalanya dalam setiap aspek kehidupan kita agar lebih bahagia dan lebih bersemangat dalam menghargai dan mensyukuri lingkungan keimanan dan ketaqwaan yang Allah kurniakan kepada diri kita semua insyaAllah.

Segala maklumat berkenaan lagu ini boleh didapati pada 'description' yang tertera dalam laman video Youtube ini di: http://www.youtube.com/watch?v=pt6cvc0IJuQ

Terima kasih kerana sudi mendengar dan juga sudi memberikan komen bernas untuk penambahbaikan akan datang insyaAllah. ^^v

Thursday 12 September 2013

ALSY RECORDS - Revolusi Industri Edutainment!... Amatur...

Assalamu'alaikum wbt semua!

Sudah terlalu bosan atau jemu dengan kandungan lagu-lagu mainstream dalam saluran media terkini?

InsyaAllah admin yang masih dhaif lagi amatur sedang dalam progress menjalankan projek revolusi ALwanul SYabab yang dinamakan ALSY Records! (yang kononnya kedenagaran gempak padahal masih dalam fasa ujikaji sebenarnya haha...)

Okay saya tunjukkan beberapa gambar beserta kapsyen di bawah untuk mendapatkan gambaran projek yang terkini.

Header rasmi untuk rakaman yang akan datang: SELAMAT TINGGAL JAHILIYYAH

Watak yang dilibatkan dalam klip video STJ nanti

Proses menganimasikan kerdipan mata

Sebahagian elemen yang akan diletakkan dalam video klip

Sebahagian screenshot dalam klip video

Untuk makluman pembaca semua, admin telah pun mengeluarkan beberapa lagu 'trial n error' dalam YouTube channel ALwan as SYabab seperti:

-KONFLIK HATI-
-UKHUWAH SAMPAI SYURGANYA-
-A GODLY HAPPINESS-
-KEJURUTERAAN IMAN-
-PANGGILAN UNTUKMU-

(Saya recommend jangan dengarkannya sebab ditakuti boleh merosakkan telinga anda haha...)

...namun akan diulang rakam semula dan disiapkan videonya insyaAllah selagi masih ada kemampuan masa, ruang, tenaga, fizikal dan semangat yang masih boleh dicelah. Admin tak boleh janjikan apa-apa, cuma harap agar pembaca semua dapat doakan yang terbaik agar lagu-lagu ini mampu disiapkan dan disusun dalam jangka masa terdekat ini insyaAllah.

Semoga industri hiburan tanah air kita mampu direvolusikan lebih dalam bentuk penghibur-didikan (edutainment) insyaAllah ^^v (erk, wujud ke 'penghibur-didikan' dalam kamus?)