Friday 26 September 2014

[Pengakuan]

Saya takut kita terlalu banyak merujuk pada fatwa hati kita tanpa mendahulukan fatwa yang Allah telah tetapkan. Sedangkan isi penulisan daripada kalimat-kalimat Allah sudah cukup membuktikan bahawa Dia Maha Tahu dan jauh lebih tahu tentang selok belok kehidupan kita daripada diri kita sendiri.

Katakanlah (Muhammad), "Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." [QS Al-Kahfi, 18:109]

Pernah tak anda lalui suatu detik di mana anda ingin membuat keputusan samada nak buat atau tidak?

"Nak sambung study atau nak berhenti solat dulu?"

"Nak pergi solat berjemaah atau tidak?"

"Nak layan youtube kejap atau baca Quran 1 page? Quran 1 page pun aku belum baca lagi sehari nih..."

Inilah dilema sehari-harian kita sebagai remaja.
Kita rasa kita perlukan hiburan atau kepuasan hati seketika.
Kita tidak sedar bahawa kita perlukan ketenteraman dan rahmat Ilahi melebihi segalanya.

Apakah kata penguat lanjutannya setelah kita membuat pilihan yang 'tidak berapa salah' tersebut?

"Alaaa, sekejap je pun..."

Jikalau betullah hati kita masih terpelihara dengan keimanan, insyaAllah tepatlah janji hati kecil kita tersebut.

Jikalau sebaliknya, nantikanlah 'penasihat-penasihat' keparat bertanduk tersebut terus mentertewa terguling-guling di belakang kita.

Na'uzubillah...

Saya turut menumpang malu atas persoalan yang saya sendiri lontarkan kerana penulisan ini khas saya tujukan kepada diri saya sendiri, dan atas persoalan inilah saya akan terus memperbaiki diri mengintrospeksi status-status gelap saya yang terdahulu untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik pada masa hadapan.

InsyaAllah laman blog saya ALwan as-SYabab akan terus hidup selepas ini secara berterusan setiap hari Sabtu atau Ahad. Jikalau tiada apa-apa update, sila peringatkan saya kembali.

Selain skil melukis semata, saya juga sangat mengimpikan bahawa saya mampu terus mengasah kembali skill penulisan saya dan akhirnya menghasilkan suatu buku yang mempu mewarnai hati masyarakat dengan ruh-ruh akhlak berkonsepkan rabbani. Selagi ada rezeki, insyaAllah.

Laman blog saya:
http://alwanassyabab.blogspot.com/

Laman seni saya:
http://zulan477.deviantart.com/

Tulus daripada hamba yang hina,
MOHD ZULFARHAN BIN IBRAHIM
Kejuruteraan Petroleum Tahun 3 Semester 2
Universiti Teknologi Petronas

No comments :

Post a Comment