Saturday 16 July 2011

SINERGIkan Kepompong Pemikiran Anda!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhwahfillah sekalian pembaca :-)



Gelombang SINERGI kini semakin bergema di seluruh pelusuk hati para pembaca seluruh Malaysia. Pernahkah terdengar tentang produk majalah SINERGI? Suatu siri majalah-majalah yang diterbitkan oleh syarikat Snergy Media, yang kini menjadi rujukan yang semakin hangat dalam kalangan pembaca-pembaca yang semakin mengikuti perkembangannya. Dengan berkat dan rahmat Allah, hasil usaha para kolumnis dan pengkarya-pengkarya baru yang terdiri daripada pelajar-pelajar mahupun lepasan-lepasan IPT, menjadi motor penggerak idea dan pemikiran berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mengutarakan pelbagai penulisan dan pengisian yang menarik melalui majalah ini. Tidak lupa juga atas sokongan para pembaca dan pengedar, produk SINERGI ini telah berjaya diedarkan ke seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan harga tetap RM3.00 sahaja. Selain itu kualiti penampilan dan penulisan yang terdapat pada majalah ini juga semakin dipertingkat dan diperkembangkan. Alhamduillah terbitan terkini sudah tercapai sehingga edisi ke-5, jadi apa tunggu lagi... ayuh dapatkanlah sekarang!

Marilah dapatkan majalah SINERGI ini! Semoga kepompong pemikiran dan lubuk-lubuk hati kita sentiasa terisi dengan ilmu-ilmu dan nilai-nilai yang bermakna untuk dimanfaatkan ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat, insyaAllah...

*Anda boleh lawati laman web Synergy Media untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini... http://synergymedia.com.my/

No comments :

Post a Comment