Wednesday 13 March 2013

Ukhuwah Sampai SyurgaNya

DISCLAIMER: Post yang berlabelkan 'TARBIAH' tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang alergik dengan istilah 'usrah', 'halaqah', 'ana', 'anta', 'antum', 'akhi', 'ukhti' dan banyak lagi yang anda rasa amat berkaitan dengannya. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripadanya, sila elakkan diri daripada membaca post ini kerana admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang anda akan alami selepas membacanya nanti. Admin sarankan agar cari post berlabel 'DAKWAH' untuk kandungan yang lebih sesuai dan ringan untuk anda. Sila baca dengan risiko anda sendiri. Harap maklum.






Salam ukhwahfillah! Lagu kedua, masih dalam progress, ini test version, belum diharmonikan dan dirasmikan lagi. Sekarang dalam proses perbaikan. Apa-apa bentuk komen dan perbaikan untuk memantapkan kualiti dan mesej lagu ini sangat-sangat dialu-alukan. InsyaAllah segala yang diberikan mudah-mudahan bermanfaat. Saya sedar suara bukan sehebat mana, cuma selagi kebaikan mampu disebarkan melalui lagu atau apa jua medium, saya rela lakukan. Begitu juga saya doakan untuk anda semua.  Versi yang updated akan diberitahu kepada anda semua dari semasa ke semasa. Semoga dirahmati Allah semua. Peace ^^

*****

"Kehidupan anda begitu banyak cabaran? Ya begitu juga dengan saya..."

Monolog Umar dengan begitu sarcasticnya di hadapan cermin sebiliknya. Dihiasi wajah penuh optimis tahap kritis, beserta keyakinan penuh ketampanan, melangkah keluar dari biliknya menjangkakan segala-galanya pasti akan berlaku dalam masa satu hari ini sahaja. Kasut yang Umar pakai kelihatan masih ada bekas najis burung yang tidak sengaja dipijak beliau semalam.

"Yes, inilah cabaran pertamaku!"

Monolognya yang begitu menjengkelkan timbul sekali lagi.

Beberapa minit selepas mengurus diri membersihkan kasut dan menyelak-nyelak rambut biar nampak kemas sikit, maka melangkah keluarlah insan si Umar tersebut turun dari apartment beliau yang berukur 3 tingkat ke bilik beliau, menuju terus melangkahkan kakinya ke kuliah pagi pukul 9.

"Hmm, mutabaah, hmm... Subuh berjemaah check, solat tahajud check, dhuha check, hmm... Ok, lepas kuliah group discussion sikit sampai pukul 11 then baca quran, oh yeah!"

Umar bermonolog lagi, tapi kali ini dia memastikan pengawalan beliau terhadap ibadahnya sentiasa terjaga agar hubungan beliau dengan Allah sentiasa terikat. Inilah Umar, meletakkan sikap disiplin di hadapannya untuk menjadikan hidupnya sentiasa penuh dengan kebaikan dan kedekatan terhadap Allah s.w.t. kerana memang telah dibimbing untuk menjadi sedemikian rupa.

*Bump* bahu si kawan terlanggar. Nampak-nampak muka,

"Eh, Fendi!"

"Assalamualaikum ya akhi!"

"Fuh, waalaikumsalam warahmatullah^^... Syukran ya akh,"

"Pasal apa?"

"Pasal mesej aku tadilah pukul 4 pagi tadi pesan bertahajud..."

"Ohh, anta tertidur ke waktu tu?"

"Ha'ah, buat assignment sampai pukul 3 pagi tadi, sempat juga siap. Ingat ada halaqoh semalam sampai pukul 12 pagi terfikir juga ana bilalah nak habis ni, sempat ke siapkan ni..."

"Baguslah tu, sekurang-kurangnya terjagalah iman anta untuk terus stay up siapkan kerja, daripada mereka yang tak dibimbing macam kita ni, mungkin waktu kita halaqoh tu mereka kononnya rancang nak buat assignment macam anta pada waktu tu but betulkah sepanjang masa sampai sebelum tidur tu mereka peruntukkan untuk assignment semata? Ke membuka hijab untuk membiarkan syaitan menghasutnya untuk bermaksiat dalam bentuk membuang masa secara generalnya? Mungkin ada masa buka internet, tengok hiburan, layan movie, lagu, benda lagho berlebih-lebihan dan macam-macam lagi. Kot-kot ada yang membuka porn?"

"Nauzubillah," mereka sahut sama-sama.

"Betul juga, akh.  Ok lah nak ke kelas dulu.  Thanks pesanan tadi.  Pergi dulu."

"Ok, jangan kelam kabut tersepak batu pula ;P"

"He he. Wa'iyakum ^^."

Dalam perjalanan Umar bermonolog dalam hatinya, 'Terima kasih ya Allah, nikmat iman dan tarbiyah yang engkau berikan. Bukan sekadar Fendi, malah dengan kawan-kawan lain juga yang tak kusangka dapat kupertemukan dan bersilaturahim bukan sekadar atas kepentingan peribadi mahupun kepentingan dunia, ini untuk redha yang kami hendak gapai daripadaMu, Ya Allah. Alhamdulillah, semoga ukhuwah sebegini terus terjalin sampai syurgaNya...'


Dan berpengang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.



[QS Ali Imran, 3:103]


*****

TITLE: Ukhuwah sampai SyurgaNya
VOCAL: FarHan
MUSIC TITLE: Wrinkle (original vocal: GUMI)

LYRICS:
Saban hari bulan dan tahun dalam kehidupan
Sekian lama kuhidup dalam biah Ar-Rahman
Selamanya kusangkakan hidayah takkan menyeru
Sehinggalah kau hadir dan menemuiku

Tok! Dan tahu tak?
Yang Engkau telah berjaya mengetuk pintu hatiku
Berkat pertolonganNya

Ya Allah
Segala puji kupanjatkan hanya untukMu
Nikmat hidayah dan tarbiyah yang Kau beri
Mendatangkanku seseorang
Untuk menyedarkanku tentang akhirat
Bahawa kita hanya hidup sampai kiamat
Walau kecil mahupun besar
Terima kasih oh sahabat

Saban hari bulan dan tahun masa yang berlalu
Mengharungi setiap detik yang bermakna
Berbagai ujian dan liku tak henti mendatang
Jadi jangan berhenti bersabar dan terus karyakan

Jom! Halaqoh
Rutin mingguan yang bukan sekadar hanya pertemuan
Ianya penyucian

Ya Allah
Segala puji kupanjatkan hanya untukMu
Nikmat hidayah dan tarbiyah yang Kau beri
Mendatangkanku seseorang
Untuk menyedarkanku tentang akhirat
Bahawa kita hanya hidup sampai kiamat
Walau kecil mahupun besar
Terima kasih oh sahabat

Perspektif masyarakat anggaplah ia sebagai alasan
Untuk meraih kefahaman dan melatih ketaatan
Untuk terus ikhlas mengharap redhaMu Ya Allah

Dan selamanya ku kan terus bergerak
Terus meraih status insan terbaik
Di sisi Engkau Ya Allah
Segala puji kupanjatkan hanya untukMu
Perkuatkanlah iman untukku terus beramal
Membina insan bertaqwa
Dalam diriku dan dirinya

Terima kasih oh sahabat
Berukhuwah sampai syurgaNya

Oh Ya Allah

ALSY Records @ ALWANUL SYABAB

1 comment :

  1. nape antum tak buat lagu untuk kem2 ikhwah akhwat ya?
    krs ke kki ke?

    kita boleh ada brand kita sendiri.
    takdek la asik amik lagu shoutul harakah, star five shj lepas ni..
    sekadar masukan

    ReplyDelete