Wednesday 24 October 2012

Pengorbanan: Nilai Murni atau Basi?

Sekian lamanya penulis blog ini menyepi,
Meninggalkan begitu sahaja tanpa pemberitahuan yang pasti...

Sekalipun baru-baru ini pernah penulis menerbitkan ilustrasi di 'facebook' dalam bentuk sebegini,
Dan bermacam bentuk ungkapan yang pembaca kongsi,
Hanya semata nak menggali mesej tersirat yang terbuku dalam ilustrasi ini...


???
"Garfu. Sudu pisau."
"majlis bercukur..."
"sbb tadi tgh lapar, nampak gambar garfu teringat stik daging.. hehe.. daging = sembelih = korban.. 
melawan nafsu makan kot .. kn esk puasa hari 'Arafah ..."

Yang ni mungkin bijak sikit,

"emm mungkin daripada gambar tuh ade dua ilustrasi pantulan...yg belah atas hitam dan belah bawah putih dgn efect pisau ngan garfu tuh...mungkin la mesej nak disampaikan..."pergaduhan sesama sendiri?"

Malah ada juga jawapan daripada pembaca yang kaki anime n manga stuff ni,

"llust mcm dlm lagu mozaik role"
"Kenapa la tengok gambar ni ingat cerita naruto pulak. Huhuhu"

Semuanya atas pandangan kita masing-masing, dan terpulanglah kepada pembaca sendiri bagaimana hendak mencari mesej tersirat dalam gambar ini mahupun dari sudut apapun yang anda lihat. Sama ada dari sudut kekreatifan kuasa 2 sampailah ke negatif kuasa 10, jawapan yang difikirkan oleh anda semua tetap berbeza jika dibandingkan sesama sendiri mahupun dengan penulis ini sendiri.

Namun kalau nak tahu hal yang sebenar, maka inilah realiti hidup hati majoriti insani yang hidup dalam masyarakat kita. Dan jika anda masih tertanya-tanya dari sudut mana penulis ini menafsirkan gambar ini, maka teruskan membaca...


Pengorbanan: Nilai Murni atau Basi?

Andaikata kita mencintai sesuatu atau seseorang, pastinya kita tak akan selamanya berdiam diri berayun kaki dalam membuktikan pengakuan kita terhadap cinta tersebut. Selama mana kita berikrar secara lisan mahupun hati bahawasannya kita sangat mencintai si dia, maka pastinya cinta tersebut akan terus dibuktikan dalam bentuk perbuatan. Dan segala bentuk perbuatan ini pasti menatijahkan pengorbanan hanya semata-mata memenuhi kriteria pengakuan cinta tersebut, bukan?

Nah, kalau begitu cuba kita fikir-fikirkan. Hal seperti ini penulis yakin bahawa ini merupakan konsep yang semua pembaca pastinya sudah tahu hakikat perkaitan antara cinta dan pengorbanan ini, tapi cuba tanyakan diri ini kembali selama ini berapa banyak sudah sebenarnya bentuk pengorbanan yang telah kita curahkan? Lebih utama lagi, pengorbanan ini untuk siapa atau apa? Apa sebenarnya aplikasi yang dituntut dalam memanfaatkan erti pengorbanan ini? Apakah bentuk pengorbanan kita ini betul atau sebaliknya?

Okey, rasa-rasanya berapa bentuk persoalan yang telah kita tanyakan pada diri kita? Dan adakah jawapan kita itu betul? Dan yang paling penting, adakah jawapan kita itu jujur? Sebab bukannya apa, selagi kita tidak pernah jujur dalam pertanyaan diri kita, selagi itu jugalah kita takkan pernah berjaya dalam membawa perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. Dan jika kita masih tidak yakin dengan jawapan kita, biar penulis memberikan contoh.

Bersempenakan tema Aidiladha pada sekitar penjuru waktu ini, lihatlah betapa banyak aktiviti korban yang sedang dijalankan hampir di semua surau, masjid-masjid, pasar-pasar dan sebagainya dengan penuh kesederhanaan. Yalah memanglah pada pandangan majoriti mungkin agak kurang meriah daripada sambutan Aidilfitri, tapi bukanlah sudut kemeriahan fizikal yang kita fikirkan, tapi cuba buka skop pemikiran itu pada kemeriahan jiwa kita. Sama ada jiwa kita meriah penuh dengan penghayatan terhadap nilai pengorbanan atau hanya sekadar tahu di saat raya, saat berseronok. Memang tidak dinafikan bahawa aktiviti korban memang wajar terus dijalankan bagi mengikat silaturahim sesama saudara seagama dan sebagainya, tapi pernah tak kita terfikir seketika tentang dalam bentuk apa sebenarnya aplikasi yang sepatutnya diterapkan untuk menzahirkan nilai pengorbanan ini dalam hidup kita? Baiklah cuba kita selak sedikit Quran terjemahan iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 207:

"Dan di antara manusia ada yang sanggup mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya."
[QS Al-Baqarah, 2:207]

Ini firman Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang telah terjadi, sedang terjadi mahupun yang belum terjadi dalam alam manusiawi. Dan pengorbanan yang ditujukan di sini adalah kepada mereka yang betul-betul ingin meraih keredhaan Allah. Maka jangan pernah kita bermimpi untuk mencapai keredhaanNya selagi belum pernah mencurahkan nilai pengorbanan yang utuh terhadapNya.

Yalah, takkanlah kita kalau nakkan sesuatu itu hanya sekadar goyang kaki tahu relax je terus dapat apa yang kita nak, kan? Jika setiap benda yang kita mahukan itu berbentuk kelalaian, pastinya menjadi hakikat bahawa ramai di antara kita akan lebih mudah untuk mencurahkan pengorbanan demi meraih kelalaian tersebut.

Contohnya nak mendengari muzik, movie mahupun games kegemaran kita, penulis yakin kita semua pasti merasakan kesanggupan dengan duduk di hadapan laptop dan hanya klik beberapa butang dan tunggu beberapa ketika dan "poof!"

"Download complete"...

...setuju, wahai pembaca? Dan contoh yang lain apabila seseorang telah berpasangan dengan bukan muhrim (atau lebih manis kononnya disebut sebagai 'couple'), cinta si dia terhadap pasangan yang membuak-buak pastinya akan membuahkan segala macam pengorbanan yang termampu seperti ber'sms' atau ber'chatting' 24 jam tanpa henti, berpegangan tangan 7 kali seminggu, belajar berdua-duaan 35 hari sebulan (aik, betulke ni?!) bahkan ungkapan-ungkapan yang tidak termampu seperti "Hanya kerana cinta kita, ke dalam lautan api pun saya sanggup renangi!" pun sanggup diluahkan bagi mewujudkan mada fantasi ke'jiwang'an mereka semata-mata. Setuju, bukan?

Nah, kalau dalam konteks kemaksiatan atau kelaghaan kita sanggup untuk berkorban, maka mengapa nak kata tidak pula pada konteks agama suci kita? Lebih-lebih lagi perintah Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala isi hati kita,

"...Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya." ...
[QS Ali Imran, 3:29]

Allah tahu segala kemampuan kita, Allah tahu segala kekuatan kita, Allah tahu segala kelebihan, potensi mahupun kelemahan kita. Maka apa lagi yang kita mahu ragui dan sia-siakan di atas jalan yang Allah janjikan kebahagiaan buat kita?

Jika kita sedar akan hakikat umat kita sekarang, kita pasti dapat melihat ramai di antara kita yang masih mensia-siakan potensi mereka yang sepatutnya, sayang sekali, boleh dimanfaatkan di jalan Allah. Bahkan bukan sekadar itu, ada juga yang masih terus dan terus menzalimi potensi diri mereka, lebih-lebih lagi para remaja. Tabiat merokok yang berterusan, tabiat bermain games dan online secara berlebihan, tabiat minum arak, berhibur tahap melampau-lampau, bermada mesra terus ber'couple' tak tentu hala. Jika karat-karat kemaksuatan ini semakin tepu dalam komposisi hati kita, di mana lagi ruangnya cahaya ruhiyah mampu menembusi ruangan hati tersebut agar masih mampu khusyuk dengan ayat-ayat Allah? Sedang Allah kan pernah berfirman:

"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka jika melihat tiap-tiap ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk , mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka lihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhinya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya"
[QS Al-A'raf, 7:146]

Jauh sungguh sayang sekali atas segala masa, tenaga, wang ringgit mahupun potensi kita dikorbankan hanya sewenang-wenangnya demi mengikuti keinginan kita, atau dalam istilah yang lebih sedap didengari, hawa nafsu kita sendiri. Sedangkan jikalau kita kembali memerhatikan ilustrasi tersebut, anda pasti perasan ada lakaran kabur di balik latarbelakang hitam-putih tersebut, bukan? Andaikan itulah diri kita, yang mencabangkan dua bentuk yang berbeza: kebaikan dan kemungkaran. Dan anda dapat lihat apa yang sedang mereka lakukan? Ya, mereka sedang bergelutan dalam pertempuran mereka sendiri. Dan yang lebih jelas sekali: pisau, garpu dan stationary knife. Cuba lihat ke arah mana bilahan-bilahan tajam ini mengala...

* * * * *

...Nampak apa yang sebenarnya sedang digambarkan? Ya, inilah keadaan yang berlaku dalam hati majoriti umat kita lebih-lebih lagi di Malaysia ini. Orang yang betul-betul beriman pasti sanggup mengorbankan kepentingan dunia semata-mata mengutamakan kepentingan Allah dan RasulNya, tapi mengapa ramai di antara kita yang kononnya mengakui keislaman ini masih lagi ke arah yang sanggup mengorbankan kepentingan Allah dan RasulNya hanya demi mengutamakan kepentingan duniawi semata-mata?

Apabila nilai kebaikan dikorbankan, dan nilai keburukan ditinggikan, di mana letaknya kedudukan nilai pengorbanan yang kita curahkan selama ini? Periksa kembali diri ini: pengorbanan kita selama ini dalam kategori nilai murni atau nilai basi?

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah..."
[QS Al-Baqarah, 2:165]

Memang tidak dinafikan bahawa ramai di antara kita masih terpaksa menempuhi konflik hati yang sangat dahsyat. Padahal sudah jelas kan bahawa seruan kebenaranlah yang wajib kita utamakan dan seruan kebatilanlah yang perlu kita senyapkan, padahal kita masih tak mampu untuk menilainya mana yang benar dan mana yang salah. Kita yakni remaja atau yang lebih tua selama ini menganggap diri kita mumayyiz, agak-agaknya betul ke kita ni sudah capai tahap mumayyiz ye?

Akhirul kalam, sementara masih belum terlambat untuk menyampaikan ucapan salam Aidiladha ini (walaupun dah masuk hari ke-3 huhu), mari kita ajak diri kita ini bersama-sama perbetulkan paksi pengorbanan kita ke arah yang memang tidak dapat kita nafikan lagi iaitu menuju syurga Allah. Ya lah, takkan nak masuk neraka, kan? Padahal ramai lagi masyarakat di luar sana yang masih tak mampu mengorbankan perasaan hanya kerana hati yang terlalu tepu dengan kepentingan diri berbanding kepentingan Allah. Jadi, mari bertindak bersama-sama dan kongsikan lagi kata-kata indah dalam al-Quran ini agar diri kita dan mereka mampu terbina ke arah nilai kehidupan yang lebih bermakna dengan memperbetulkan paksi pengorbanan ini.

Wallahu a'lam ^__^

*
*
*
*
*

DAN...

*
*
*
*
*

???


No comments :

Post a Comment