Saturday 2 June 2012

Al-Quran Bukan Novel



Karya Asal: ZULAN

Membaca al-Quran bukanlah seperti membaca novel, sekadar syok membaca pada waktu ketika, namun hilang pada waktu kemudian...

Hendak kata novel cinta yang dibacakannya tu sama seperti kisah hidupnya tak juga, cuma sekadar rasa syok untuk membaca dan mengikuti plot ceritanya sahaja...
Rasa begitu 'heroik',
Rasa begitu emosional,
Rasa kemanisan yang pelbagai sungguh...

Namun sejenak novel habis dibaca dan ditutup...
Hanya ibarat kera mendapat bunga...

Hanya bawa angan-angan je, tapi tak pernah pun nak direalisasikan dalam hidup...

Namun sikap kita terhadap Quran bukan seperti itu,
samalah juga dengan membaca teladan kisah-kisah perjuangan hero-hero yang berteguh hati menegakkan kalimah Allah...
Ia lebih dari sekadar kata-kata Allah, ia lebih dari sekadar suri teladan pejuangNya...

ILMU yang dipelajari seharusnya menjadi pembentuk KEFAHAMAN, yang sepatutnya melahirkan KESEDARAN, dan sebetulnya mencetuskan PERUBAHAN...

Kerana kita boleh nampak sendiri...
Ramai sahaja yang mampu mempelajarinya, namun tak mampu nak beramal dengannya...
Ramai sahaja yang mampu menyampaikannya dengan penuh intelek, namun tak ramai yang mampu menyampaikannya dari lubuk hati yang terdalam...

Jikalau beginilah berterusan,

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Sekali lagi, Quran bukanlah novel dari kisah silam, bahkan kandungannya sentiasa relevan dan aplikatif sepanjang masa sama ada sebelum, semasa mahupun selepas hidup kita...

Ilmu -> Kefahaman -> Kesedaran -> Perubahan

-TIADA SOLUSI TANPA PERUBAHAN-

^__^

No comments :

Post a Comment