Wednesday 18 April 2012

Kurangkan Tekanan, Tingkatkan Keluasan



Sekali lagi... still berhabuk betul! Bagi vacuum cleaning sedikit blog ni... Dah, ok la tu... =_=



Beginilah hidup semenjak beberapa hari yang lepas sehingga sekarang. Serabut tidak seserabut sabut kelapa, malah serabut dengan pelbagai kerja dan tugasan serta urusan dan juga... (istilah apa lagi ek...) yang perlu disetelkan dan diselesaikan. Mungkin ini perkara biasa bagi seseorang pelajar yang hanya masuk ke dalam arena akademik hanya untuk belajar semata-mata tanpa sibuk dengan hal lainnya. Tapi pelajar yang mempunyai kesibukan seperti yang tertera dalam sketch ini (dan mungkin juga pembaca sendiri terasa seperti dirinya, biasalah siapa yang makan cili pasti terasa 'enak'nya) bukannya sekadar sibuk hendak study bahkan juga sibuk untuk urusan-urusan lainnya seperti urusan kelab, update setiap unit, progress untuk jobscope apa khabarnya... Tekanan sentiasa menghimpit fikiran.

Namun saya suka dengan suatu analogi yang telah saya terbaca baru sahaja tadi (terima kasih pengemis redha ilahi ^__^) berkenaan bagaimana meleraikan tekanan yang menghimpit.


I'm sure know you'd missed it (bagi yang tahu subjek fizik)...

P = pressure
F = Force
A = Area

Formula yang mudah, namun terselit makna yang mudah juga cuma kita terkadang tidak terfikirkannya. Cuba tetapkan F sebagai constant, jadi apabila A meningkat, maka P akan berkurang. In a constant Force, Pressure decreases when Area increases.

Samalah juga dalam hidup kita, yakni sebagai hamba Allah. Dalam hidup ini biasalah, timbunan urusan dan kerja sentiasa datang pada bila-bila masa sahaja (Force). Cuma ketenangan masih lagi boleh dikekalkan tanpa tekanan (Pressure). Bagaimana? Mengapa tidak kita sentiasa meletakkan Allah sebagai Area dalam hidup kita untuk meleraikan Pressure yang kita alami? Sedangkan Area yang sangat tinggi nilainya pun mampu mengurangkan nilai Pressure tersebut, apatah lagi nilai Allah Maha Besar yang begitu infiniti nilainya? Pastinya tekanan akan lebih terlerai seluas-luasnya.

...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenteram.
[QS Ar-Rad, 13:28]

Jadi bilangan timbunan kerja yang kena diselesaikan bukannya menjadi indikator meter tekanan yang kita hadapi, kerana segalanya boleh diselesaikan jika kita sentiasa menyandarkan urusan kita pada Allah dan dengan ketenangan itu akan memudahkan kita menyelesaikan kerja secara satu-persatu dengan lebih fokus dan teratur.

Semoga lepas ini kita semua akan lebih berfokus dalam menyelesaikan urusan kita dan sentiasa berdoa dengan penuh pergantungan dan pengharapan agar Allah mempermudahkan urusan kita insyaAllah. 

Sebelum hidup kami sebagai siswa UTP bakal dibanjiri dengan test yang berlambak dan final exam yang bakal kami hadapi selepas ini, minta agar para pembaca doakan yang terbaik buat kami insyaAllah. ^__^

No comments :

Post a Comment