Thursday 18 August 2011

Terbaikkah Umat Kita Kini?

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah."
[Ali Imran (3:110)]

Hakikatnya, adakah kita, yakni umat Islam, nampak terbaik seperti yang disebutkan dalam ayat ini?

Tidak mungkin, wahai saudaraku... jika kita sendiri tidak menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, lebih-lebih lagi beriman kepada Allah...

Mestikah kita menjadi sempurna dahulu baru nak bangkit memperjuangkan kebaikan dan menumbangkan kemungkaran?

...takkan ada orang yang sempurna wahai saudaraku kerana semuanya takkan dapat terlepas dari dosa...

Nah, sekarang... takkanlah nak mengemukakan alasan "tidak sempurna" atau "tidak layak" sebagai alasan untuk tidak bangkit berdakwah...



"Aku tak cukup sempurnalah dalam beri nasihat-nasihat ni..."

"Aku rasa memang tak layak dah nak berkomitmen dalam perjuangan ini..."

"Malaysia sekarang dah ok ke apa? Kan sekarang kita semua tinggal aman, so relaks la..."

"Cukuplah ada ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang berilmu pengetahuan itu yang handle sendiri masalah begini, so takyahlah menyibuk sangat..."


*****

Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas tadi,...
Hakikatnya rata-rata umat Islam kini hanya ilusi semata-mata...
Kononnya yang dikatakan umat terbaik itu adalah kita yang padahal sebenarnya kini diibaratkan oleh Rasulullah sebagai buih-buih di lautan...

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring." Seseorang berkata, "Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?" Beliau bersabda, "Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn." Seseorang bertanya, "Apakah wahn itu?" Beliau menjawab, "CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI." (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

Di mana komitmen kalian?!
Di mana semangat para sahabat Rasulullah yang sepatutnya tertanam di hati kalian?!
Di mana semangat para syuhada yang pernah berjuang menyuburkan pohon Islam yang sepatutnya tertanam di hati kalian?!
Di mana keyakinan Abu Bakar As-Siddiq di hati kalian untuk mendokong kebenaran?!
Di mana ketegasan Umar Al-Khattab di hati kalian untuk memerangi kezaliman?!
Di mana kemurahan Uthman bin Affan di hati kalian untuk berinfak di jalan Allah?!
Di mana kesanggupan Ali bin Abi Talib di hati kalian untuk berkorban segalanya di jalan Allah?!

Hakikatnya kita semua memang sudah jatuh sakit!
Sakit dengan suntikan kesoronokan dunia!
Sakit dengan jangkitan harta kemewahan!
Sakit dengan wabak pangkat-pangkat yang kita nak kejar!
Sakit dengan serangan hawa nafsu!


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
[Ali Imran (3:14)]

Jika kita menginginkan syurga, takkanlah sekadar duduk bersenang-lenang sahaja untuk menggapai kebaikan hakiki tersebut?!

TAKKANLAH para ustaz, ustazah dan para ulama sahaja yang layak untuk menggapai syurga?! Tak bolehkah jadi seorang jurutera, doktor, arkitek, peniaga mahupun sebagai peguam ataupun bidang-bidang pekerjaan yang lain pun turut menggapai syurga juga?!
Dalam menggapai keimanan takkan ada jalan yang mudah wahai saudaraku...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
[Al-Ankabut (29:2-3)] 





Kalau memang sudah putuskan untuk mengambil bidang kejuruteraan,... ya teruskan sahaja...
Kalau memang sudah putuskan untuk mengambil bidang kedoktoran,... kerja yang mulia pula, takkan nak dipersoalkan juga...
Kalau memang sudah putuskan untuk mengambil bidang perniagaan,... takkan berniaga pun salah kot...

Teruskan sahaja dengan agenda tersebut tetapi INGAT, agenda akhirat yang mesti diutamakan dahulu...
Jadikan diri kita berbeza daripada orang lain. Orang lain dikhayalkan dengan keseronokan pekerjaannya sehingga lalai, kita pula mesti diubati dengan Al-Quran setiap masa... sentiasa mendapat tarbiyah dengan ilmu-ilmu Al-Quran sehingga kita sentiasa diingati dan juga sentiasa memperingati orang lain.

Orang lain jadi jurutera profesional semata-mata, kita jadi jurutera profesional yang beriman!
Orang lain jadi doktor profesional semata-mata, kita jadi doktor profesional yang beriman!
Orang lain jadi peniaga profesional semata-mata, kita jadi peniaga profesional yang beriman!
Orang lain jadi pencuri profesional semata-mata, kita jadi pencuri profesional yang beriman... eh, betul ke ni?! Hei, orang beriman takkan mencuri la!! Sekadar gurauan je, hehe...

Yang penting, orang lain hanya sekadar menjadi seorang individu yang profesional semata-mata, JADIKANLAH GENERASI KITA SEBAGAI GENERASI RABBANI YANG PROFESSIONAL!!

ALLAHUAKBAR!


1 comment :

  1. nice entry =D keep up the good work.

    memang. sampai bila pun manusia takkan pernah sempurna, sebab itu kita perlu saling menasihati. =D

    ReplyDelete