Friday, 2 September 2011

Di Mana Letaknya Sensitiviti Kita...

Apabila seseorang sedang memanfaatkan masa kosongnya dengan membaca al-Quran di tengah-tengah masyarakat, dia akan dipandang pelik,



"Agak-agaklah nak baca quran time2 gini... bacalah sendiri2 dalam masjid ka, surau ka, tak nampak riak ka buat camtu?"

Namun apabila seseorang sedang khusyuk bermain permainan komputer di mana ia merupakan sesuatu yang melalaikan di tengah-tengah masyarakat, dia akan dilihat sebagai perkara biasa, malah mungkin disanjung lagi,



"Fuyoo, cam best je game yang dia main tu! Nak jugak lah ada game cam yang dia main tu!"

Lihatlah diri ini! Tidak malukah kita yang mengaku diri Islam ini, lebih menyanjungi perkara-perkara yang melalaikan dan memperendahkan perkara-perkara yang mendekatkan roh kita kepada Rabb Yang Maha Kuasa?!

Takkanlah elakkan diri daripada memakai tudung kerana takut menimbulkan rasa riak juga?! Orang-orang yang takut hendak beramal atas alasan takut menimbulkan riak, mereka itulah yang sebenarnya riak!

Tidak malukah kita sendiri yang mengaku ingin menjadi orang yang beriman ini, namun tidak pernah berusaha menterjemahkan kata-kata itu dalam bentuk amalan-amalan kebaikan yang patut diusahakan sebagai aset roh kita di akhirat sana?!

Di mana letaknya sensitiviti kita terhadap agama?!!



“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim)

Selamilah hati yang terdalam ini, dan muhasabahkanlah kembali roh kita yang semakin dahagakan modal-modal akhirat ini...

1 comment :