Showing posts with label SALES. Show all posts
Showing posts with label SALES. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Keluaran SINERGI Edisi 9, Kini Berwajah Baru!



Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah, SINERGI kini memberikan sebuah anjakan paradigma dengan pelbagai keistimewaan baru yang amat menarik bermula SINERGI Edisi Ke-9!!!

1.Cover yang menggunakan konsep menarik hasil dari tangkapan gambar Photograper Synergy Media Sdn Bhd (SMSB),

2. Bahagian dalam yang kini semuanya berwarna!!!
3. Konsep grafik & editing yang lebih menarik perhatian yang terus menembus masuk jiwa remaja dewasa ini!!!
4. Percuma Kalendar SINERGI Tahun 2013
5. Percuma Poster Bergambar SINERGI Edisi Ke-9
6. Kartunis2 baru yang sangat berbakat turut diserlahkan kali ini
7. Penambahan karya-karya Madahpujangga yang dihantar oleh para pembaca!!!
8. Saksikan kolumnis2 baru yang mengisi rubrik-rubrik kali ini!!!
9. Penambahan harga yang terlalu sedikit dan masih mengekalkan harga yang sama seluruh Malaysia!!!
10. Infak kepada kebajikan ditambahkan lagi dengan setiap pembelian SINERGI!!!
11. dan banyak lagi!!!! Ayuh beli dan lihatnya sendiri!!!

SINERGI Edisi Ke-9 kali ini yang membawa tajuk "Telah Tertulis Rezekimu" bakal menyentuh jiwa serta memberikan kefahaman dan keyakinan agar kita semua redha dengan ketentuan dari Allah semata.

Ayuh bersama memiliki Majalah SINERGI!!! Kepada yang ingin bersama menyebarkan Dakwah melalui pena ini, SINERGI amat mengalu-alukan dan menawarkan untuk menjadi pengedar majalah SINERGI ini dengan komisyen yang sangat berbaloi!! Bukan hanya di dunia, bahkan ganjaran di akhirat sana!!! InsyaAllah..

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus emel ke synergymedia2010@gmail.com atau hubungi +6019-4544871..

Sebarang maklumat lanjut edisi ini secara khusus maka sudilah lawati page kami di:

Friday, 7 September 2012

Keluaran Rasmi Majalah SINERGI Edisi 8 - Berhala dalam Hati



Layari http://synergymedia.com.my/ untuk maklumat lanjut

"Percambahan pelbagai majalah Islam di Malaysia hari ini satu perkara yang sangat baik buat semua umat Islam di Malaysia..makin banyak sumber dan pilihan untuk kita mendapatkan ilmu dan kefahaman terhadap islam..Alhamdulillah..

Dulu saya hanya mengenal majalah solusi atau majalah-i, lalu dengan izin Allah, kami juga baru mengeluarkan Majalah SINERGI...Selepas itu, pelbagai lagi pihak ingin berdakwah melalui pena dengan hadirnya majalah Gen-Q, JOM, Al-Ustaz, Q&A, dan sebagainya..semoga semua usaha kita melalui dakwah pena diredhai Allah dan mampu menyedarkan umat Islam untuk kembali menuju keredhaan Allah..Kita mungkin ada tajuk yang berbeza, tapi tujuan kita adalah sama..^.^..

Nasihat buat semua penulis terutama saya yang baru belajar, satu perkara yang membezakan nilai dalam sesuatu penulisan adalah tulisan yang diamalkan dengan tulisan sekadar keilmuan. Semoga kita semua adalah penulis yang berlapikkan amal, dan akan usahakan beramal dengan apa yang kita tuliskan. Kita juga bukan hanya ingin menyampaikan ilmu, tapi untuk memahamkan ilmu dan mendakwahkan ilmu agar diamalkan oleh semua pembaca..insyaAllah..

Terimalah Majalah SINERGI yang masih belajar dan akan terus belajar untuk berikan yang terbaik di sisi Allah dan kepada semua pembaca yang dihormati sekalian..insyaAllah.."


- Fakhrullah Bin Mawardi (CEO Synergy Media Sdn. Bhd.)

Sebarang tempahan atau pembelian amatlah dialu-alukan untuk menghubungi saya melalui:

Emel: zulan93@gmail.com
FB: Mohd Zulfarhan Ibrahim
Tel: 014-8677150

Mari gencarkan kemanisan dan kebahagiaan agama murni ini khususnya kepada umat kita bersama!

Friday, 2 March 2012

Jadilah Pencari Syurga

Hmm... nampaknya blog ini semakin berhabuk dan mesti diperkemaskinikan. Saya mesti lakukan sesuatu...

Bismillahirrahmanirrahim...

*sapu*sapu*...

Biar nampak lawa sikit...

*sapu*sapu*susun*susun*...

Ha! Jeng, jeng, jeng!



Thursday, 13 October 2011

Segarkan Hatimu dengan Titisan-titisan Embun Keimanan



Dengan nama Allah yang menciptakan dirimu dan diriku..

Alhamdulillah, kali ini Synergy Media menerbitkan satu lagi majalah yang dinanti-nanti oleh mereka yang dahagakan ilmu dan cintakan Islam, segala yang bermanfaat itu eloklah sama-sama diterjemahkan dalam mengejar status "khairu ummah" yang menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai 'manual kehidupan'.

Edisi ke-6 kali ini bakal mengupas isu pentingnya menyucikan debu dosa yang melekat pada hati dengan air mata taubat dan keinsafan yang tidak berbelah bahagi, semoga intipati di dalamnya bakal bergema di dalam jiwa kita agar sentiasa terdorong untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang terbaik!!!

Mudah-mudahan, insyaAllah.

Layarilah laman web kami di synergymedia.com.my.

Saturday, 16 July 2011

SINERGIkan Kepompong Pemikiran Anda!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhwahfillah sekalian pembaca :-)



Gelombang SINERGI kini semakin bergema di seluruh pelusuk hati para pembaca seluruh Malaysia. Pernahkah terdengar tentang produk majalah SINERGI? Suatu siri majalah-majalah yang diterbitkan oleh syarikat Snergy Media, yang kini menjadi rujukan yang semakin hangat dalam kalangan pembaca-pembaca yang semakin mengikuti perkembangannya. Dengan berkat dan rahmat Allah, hasil usaha para kolumnis dan pengkarya-pengkarya baru yang terdiri daripada pelajar-pelajar mahupun lepasan-lepasan IPT, menjadi motor penggerak idea dan pemikiran berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mengutarakan pelbagai penulisan dan pengisian yang menarik melalui majalah ini. Tidak lupa juga atas sokongan para pembaca dan pengedar, produk SINERGI ini telah berjaya diedarkan ke seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan harga tetap RM3.00 sahaja. Selain itu kualiti penampilan dan penulisan yang terdapat pada majalah ini juga semakin dipertingkat dan diperkembangkan. Alhamduillah terbitan terkini sudah tercapai sehingga edisi ke-5, jadi apa tunggu lagi... ayuh dapatkanlah sekarang!

Marilah dapatkan majalah SINERGI ini! Semoga kepompong pemikiran dan lubuk-lubuk hati kita sentiasa terisi dengan ilmu-ilmu dan nilai-nilai yang bermakna untuk dimanfaatkan ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat, insyaAllah...

*Anda boleh lawati laman web Synergy Media untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini... http://synergymedia.com.my/