Showing posts with label ALSY JOURNAL. Show all posts
Showing posts with label ALSY JOURNAL. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Pengorbanan: Nilai Murni atau Basi?

Sekian lamanya penulis blog ini menyepi,
Meninggalkan begitu sahaja tanpa pemberitahuan yang pasti...

Sekalipun baru-baru ini pernah penulis menerbitkan ilustrasi di 'facebook' dalam bentuk sebegini,
Dan bermacam bentuk ungkapan yang pembaca kongsi,
Hanya semata nak menggali mesej tersirat yang terbuku dalam ilustrasi ini...


???

Wednesday, 5 September 2012

Nantikan Saatnya

Setiap bentuk kenikmatan yang dikecapi
Diletak di ambang yang parah
Hanya atas sebab tertunduk patuh membuta tuli
Menjadi hamba nafsu serakah
Tompokan dosa yang semakin jelas terlakar dalam hati
Menghasilkan selaput kegelapan
Inikah hidupku yang kuidamkan selama ini
Yang kononnya merupakan kebahagiaan?

Tolonglah!

"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu,"
[QS Al-Maidah, 5:100]




P.S. InsyaAllah saya akan menyambungkan penulisan dan penghasilan karya saya dalam masa terdekat ini dengan post-post yang insyaAllah mampu mencorak dan merefleksi pemikiran sebenar sebagai seorang mukmin. Memang saya harus akur bahawa tiadalah layaknya tempat untuk orang seperti saya untuk melontarkan kata-kata hikmah yang mampu membina kembali jati diri kita sendiri, namun diri kita masing-masinglah yang sebenarnya jauh lagi wajib untuk melayakkan diri menerima peringatan-peringatan seumpama ini (walau mungkin sukar atau pahit untuk diterima sekalipun), dan itu lebih Allah sarankan daripada tidak mendengar atau terbaca peringatan langsung, lebih-lebih lagi yang hanya lebih cenderung untuk menikmati kebatilan, na'uzubillah... Anyway, salam mujahadah!

Sunday, 11 March 2012

Tolong Istiqamah!


Friday, 2 March 2012

Jadilah Pencari Syurga

Hmm... nampaknya blog ini semakin berhabuk dan mesti diperkemaskinikan. Saya mesti lakukan sesuatu...

Bismillahirrahmanirrahim...

*sapu*sapu*...

Biar nampak lawa sikit...

*sapu*sapu*susun*susun*...

Ha! Jeng, jeng, jeng!



Tuesday, 11 October 2011

Disirami Titisan Kerinduan (Bahagian I)



Menaburi Benih Pembuka

Assalamualaikum w.b.t... 

Segala puji ke hadrat Rabb Yang Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi hamba-hambaNya yang masih terkapai-kapai di dunia yang fana ini kerana mengizinkan saya menaburkan benih untuk membuka blog ini semula yang telah lama terpinggir di persimpangan sesawang atas sebab-sebab tertentu, semoga dengan entri terbaru ini kepompong perhatian para pembaca masih mampu diketuk semula. Selawat dan salam juga kepada utusan Allah junjungan kita semua Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat dan juga keluarga baginda yang telah lama memperjuangkan kalimat "Laa ilaaha illallah" sehinggalah ke akhirnya di mana kita masih mampu merasai nikmat Islam dan iman yang telah menyelimuti kita sehingga ke hari ini.

Sunday, 25 September 2011

Menjejaki Alam Kerinduan @ MRSM Tawau



Alhamdulillah, dalam mengisi masa-masa yang berharga pada waktu cuti 2 minggu di Tawau, Sabah dengan perkara-perkara yang berfaedah, suatu lawatan tidak rasmi telah berjaya diadakan di MRSM Tawau. Kami sebagai alumni sekolah ini telah mengisi lawatan sebanyak 2 kali ke sini dengan sesi perkongsian ilmu yang bermanfaat secara umum serta secara tertutup dalam memecahi kepompong minda para pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan, lebih-lebih lagi kepada yang bakal menduduki PMR dan SPM dalam masa yang terdekat ini.




Program (Umum) : Ceramah "Tips Belajar @ Al-Quran"

Masa : 22 September 2011 (Selasa), 6.30-7.30 p.m.

Tempat : Surau Firdaus Al-Hikmah, MRSM Tawau

Alumni Yang Hadir : Zulan, Nawi, Rahman & Shafri

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru MRSM Tawau kerana sudi mengizinkan kami untuk mengendalikan apa jua bentuk program yang bersesuaian, sama ada dalam bentuk umum mahupun tertutup, pada masa-masa terdekat mahupun pada masa-masa yang lain. Tidak lupa juga kepada para pelajar MRSM Tawau yang masih mempunyai semangat proaktif dalam menghadiri program yang bermanfaat sebegini. Penghargaan yang tidak terkira juga buat para alumni yang sudi meringankan hati mereka untuk bangkit mencurahkan tenaga demi kesejahteraan pelajar-pelajar di MRSM Tawau. 

Akhir kata, kami mendoakan agar kejayaan dan keredhaan sentiasa diberikan kepada semua warga MRSM Tawau.


Sunday, 29 May 2011

New Level, New Challenges

Akhirat is no. 1, but academic is not no. 2!