Tuesday, 31 January 2012

Jemputan Berkongsi @ Radio IKIM.FM (Episod 2) Secara LIVE!



Assalamu'alaikum wbt, Alhamdullillah, salah seorang senior UTP yang saya kenali, Fakhrullah Bin Mawardi (CEO Syarikat Synergy Media Sdn Bhd), dijemput sekali lagi membuat perkongsian dalam slot remaja di Radio IKIM.FM (Pilihan Utama Anda) pada esok malam, 31 Januari 2012 dari jam 10.00PM - 11.00PM secara LIVE (LANGSUNG). Episod pertama dulu boleh didapati di link ini -> Al-Quran Sumber Motivasi @ Radio IKIM.

Mohon doakan agar beliau mampu berikan yang terbaik kepada semua pendengar Radio IKIM pada esok malam ya. Jangan lupa untuk menjadi salah seorang dari pendengar pada malam ini dan bantu sebarkan lagi kepada keluarga dan kawan untuk dengar bersama ya ^.^... Tajuk yang diberikan kali ini adalah mengenai "Remaja & Rasulullah", InsyaAllah...

Semoga perkongsian beliau mampu menyampaikan dan menyedarkan remaja sekalian perihal contoh solid yang perlu kita teladani dalam menjadi remaja acuan al-Quran dan as-Sunnah, Amin Ya Hadid...

Terima kasih kepada pihak IKIM atas kesudian menjemput beliau lagi membuat sedikit perkongsian kepada semua generasi muda harapan agama, bangsa dan negara...

Thursday, 29 December 2011

Hijrahkanlah Nurani Diri Ini

Telah lama saya telusuri jalur-jalur kehidupan sementara menjunjung amanah untuk belajar di menara gading ini. Dengan pohonan maaf atas penangguhan saya dalam meng'update'kan blog ini, kini saya kembali untuk menuliskan untai-untaian kata yang melihat ke dalam hati kita kembali untuk bermuhasabah sebentar.

KEM REMAJA SINERGI 2011 (Lelaki)

Sunday, 27 November 2011

Marilah Merancang (Prolog)

Assalamualaikum w.b.t. dan minta maaf atas pengabaian saya buat seketika waktu untuk terus menulis dalam blog ini. Sekali lagi, minta maaf saya dahulukan kerana telah lama saya biarkan blog ini masih berada dalam warna yang sama, diiringi kesunyian tanpa terus diwarnai dengan butiran-butiran penulisan yang bermakna lagi. Tapi itu bukanlah bermakna hati kita juga dibiarkan sunyi tanpa terus diwarnai dengan nilai-nilai yang indah kan? Semoga hati-hati kita semua masih kekal dipayungi dengan payung rahmat yang dikurniakan oleh Allah ini dan terus kekal berada di bawah cahaya bimbinganNya.




Renungilah Betapa Pemurahnya Allah!

Monday, 7 November 2011

Kaya Duit, Kaya Hati



Judul Buku : 
KAYA DUIT, KAYA HATI

Penulis Edisi Asal :
Muhammad Muhyidin

Penerbit Edisi Asal :
DIVA Press

Penterjemah Edisi Malaysia :
Nur Azlina

Penerbit Edisi Malaysia :
AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD.

Tahun Terbitan :
2011

Jika anda ditanya, "Adakah anda ingin menjadi orang bahagia tapi kurang harta atau menjadi orang kaya tapi kurang bahagia?" emm... Pilihan yang sukar sekali, tetapi pasti sebahagian besar kita lebih berani memilih menjadi yang kedua, sekalipun tahu risikonya. Kita cenderung merasa lebih mampu dan selesa hidup kaya tapi kurang bahagia, berbanding untuk menghadapi hidup bahagia tanpa harta. Betul kan?

Rasanya, kita semua mengimpikan untuk menjadi orang bahagia yang melimpah-limpah hartanya. Kita ingin memiliki kedua-duanya, walaupun amat sedikit sekali dari kita yang mampu meraihnya. Maka, masalah psikologi yang mesti anda hadapi kemudian adalah 'memilih', lalu 'menghadapi pilihan hidup' tersebut, kemudian bagaimana 'mengurus hati, jiwa dan fikiran' agar tidak terbelenggu oleh risiko-risiko hidup tersebut.

Buku ini menghadirkan pengurusan emosi dengan pendekatan yang amat lembut, memikat dan menenteramkan hati, bagaiman cara kita menghadapi kehidupan ini di saat kita telah masuk ke dalam situasi hidup yang sebenarnya.

Mahu kaya duit atau kaya hati...?

Harungilah kearifan hidup bersama buku smart ini. Semoga bertuah.

Sunday, 6 November 2011

Persepsikan Dirimu Wahai Remaja

Alhamdulillah, satu lagi ilustrasi yang akhirnya berjaya saya siapkan dalam masa 2 hari. Bukanlah sepanjang 48 jam (agak-agaklah), namun jika ada kekosongan masa saya akan cuba melapangkannya untuk menghasilkan ilustrasi ini. 

versi Bahasa Malaysia

Thursday, 13 October 2011

Segarkan Hatimu dengan Titisan-titisan Embun Keimanan



Dengan nama Allah yang menciptakan dirimu dan diriku..

Alhamdulillah, kali ini Synergy Media menerbitkan satu lagi majalah yang dinanti-nanti oleh mereka yang dahagakan ilmu dan cintakan Islam, segala yang bermanfaat itu eloklah sama-sama diterjemahkan dalam mengejar status "khairu ummah" yang menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai 'manual kehidupan'.

Edisi ke-6 kali ini bakal mengupas isu pentingnya menyucikan debu dosa yang melekat pada hati dengan air mata taubat dan keinsafan yang tidak berbelah bahagi, semoga intipati di dalamnya bakal bergema di dalam jiwa kita agar sentiasa terdorong untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang terbaik!!!

Mudah-mudahan, insyaAllah.

Layarilah laman web kami di synergymedia.com.my.

Tuesday, 11 October 2011

Disirami Titisan Kerinduan (Bahagian I)



Menaburi Benih Pembuka

Assalamualaikum w.b.t... 

Segala puji ke hadrat Rabb Yang Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi hamba-hambaNya yang masih terkapai-kapai di dunia yang fana ini kerana mengizinkan saya menaburkan benih untuk membuka blog ini semula yang telah lama terpinggir di persimpangan sesawang atas sebab-sebab tertentu, semoga dengan entri terbaru ini kepompong perhatian para pembaca masih mampu diketuk semula. Selawat dan salam juga kepada utusan Allah junjungan kita semua Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat dan juga keluarga baginda yang telah lama memperjuangkan kalimat "Laa ilaaha illallah" sehinggalah ke akhirnya di mana kita masih mampu merasai nikmat Islam dan iman yang telah menyelimuti kita sehingga ke hari ini.

Friday, 30 September 2011

Quran - Still Cool & Fresh Today

What a beautiful message You have there, Ya Allah...
Anywhere, anytime...
It stays a miracle in all walks of life...
Yet, many still deny... 

Sunday, 25 September 2011

Menjejaki Alam Kerinduan @ MRSM Tawau



Alhamdulillah, dalam mengisi masa-masa yang berharga pada waktu cuti 2 minggu di Tawau, Sabah dengan perkara-perkara yang berfaedah, suatu lawatan tidak rasmi telah berjaya diadakan di MRSM Tawau. Kami sebagai alumni sekolah ini telah mengisi lawatan sebanyak 2 kali ke sini dengan sesi perkongsian ilmu yang bermanfaat secara umum serta secara tertutup dalam memecahi kepompong minda para pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan, lebih-lebih lagi kepada yang bakal menduduki PMR dan SPM dalam masa yang terdekat ini.




Program (Umum) : Ceramah "Tips Belajar @ Al-Quran"

Masa : 22 September 2011 (Selasa), 6.30-7.30 p.m.

Tempat : Surau Firdaus Al-Hikmah, MRSM Tawau

Alumni Yang Hadir : Zulan, Nawi, Rahman & Shafri

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru MRSM Tawau kerana sudi mengizinkan kami untuk mengendalikan apa jua bentuk program yang bersesuaian, sama ada dalam bentuk umum mahupun tertutup, pada masa-masa terdekat mahupun pada masa-masa yang lain. Tidak lupa juga kepada para pelajar MRSM Tawau yang masih mempunyai semangat proaktif dalam menghadiri program yang bermanfaat sebegini. Penghargaan yang tidak terkira juga buat para alumni yang sudi meringankan hati mereka untuk bangkit mencurahkan tenaga demi kesejahteraan pelajar-pelajar di MRSM Tawau. 

Akhir kata, kami mendoakan agar kejayaan dan keredhaan sentiasa diberikan kepada semua warga MRSM Tawau.