Jaminan?
Hmm... Adakah jaminan kesejahteraan dalam hidup kita?
Para pembaca sekalian, saya yakin setiap manusia pasti mempunyai fitrah untuk menjadi baik...
Dan kita sepatutnya cenderung untuk mengusahakan diri dalam mengaut fitrah kebaikan sebegitu...
Tapi, apa masalah sebenarnya yang menyebabkan kebanyakan manusia sentiasa terhambat hendak berusaha ke arah itu?
Ilustrasi terbaru namun diseliti peringatan yang sentiasa berulang-ulang dalam rujukan utama kehidupan kita, yakni al-Quran...
InsyaAllah, suatu artikel hasil penulisan seorang insan yang turut bersama-sama dalam jalan yang Allah bukakan sebagai suatu jalan kebahagiaan sejati bagi mereka yang turut bersungguh-sungguh mencari keredhaanNya. Semoga anda juga turut serta dalam siri pemburuan cinta Allah ini agar sentiasa memperbaiki diri sendiri dan mampu membina kualiti diri untuk memperbaiki orang lain. Selamat membaca...