Friday, 9 January 2015

Secebis Muhasabah (09/12/2015)

Sesibuk mana pun pada satu tahapnya kesungguhan perjuangan kita dalam membina mahligai kehidupan dunia, ingatlah bahawa Allah masih ternanti-nantikan kesungguhan perjuangan kita dalam membina mahligai kehidupan akhirat di sana.

Secebis Motivasi (09/12/2015)

Sudah masuk hari ke-9 pada tahun ini, cukuplah kita bertakuk dalam kepompong lama masing-masing dari tahun sudah. Marilah keluar dari kepompong tersebut, dan kita akan terus dan terus buktikan bahawa sayap potensi, amal dan usaha kita akan menjadi semakin dan semakin baik agar mampu terbang bebas dalam mengecapi kejayaan dunia dan akhirat kita insyaAllah. Salam Jumaat ^_^

Thursday, 8 January 2015

Secebis Muhasabah (07/01/2015)

Setiap kali semasa solat, saya sentiasa berusaha untuk mengingatkan diri saya agar sentiasa meletakkan Allah sebagai sumber ketenangan saya sebagai seorang Muslim seperti mana yang ditekankan dalam surah Ar-Rad (13:28), dan dengan pola fikir tersebut saya akan melihat solat itu sebagai suatu meditasi rutin yang paling berkesan dan terutama dalam mengubati jiwa dan tekanan yang dilanda seharian, dan akan cuba sedaya upaya untuk tidak merewangkan fikiran ke arah yang lain mahupun menggesa-gesakannya kerana saya sudah tetapkan bahawa Allah yang saya sembah itulah sumber ketenangan yang paling berkesan. Saya harap apa yang saya kongsikan di sini dapat dijadikan peringatan kepada saudara dan saudari seagama sekalian agar sentiasa melihat Allah sebagai sumber ketenangan dan solat sebagai kaedah meditasinya yang berkesan insyaAllah. ^_^

Secebis Motivasi (07/01/2015)

Apa azam kita tahun ini? Saya harap saya masih belum terlambat untuk untuk bertanyakan soalan sebegini ya walaupun sekarang sudah masuk hari ke-8 dalam tahun baru ini. Kerana setiap azam dan perancangan yang telah kita tetapkan mestilah kita tetapkannya secara bersungguh-sungguh dan susunkan pelaksanaannya secara penuh tekun agar perancangan tersebut tidak hanya tersepit dalam benak fikiran serta atas kertas sahaja, namun terbentuk dan terbukti hasilnya atas kesungguhan dan ketekunan kita dalam mengusahakannya insyaAllah. :)

Thursday, 25 December 2014

Doodle Potrait #??


Gambar hiasan, http://zulan477.deviantart.com/art/Real2toon-1-497869223

Disiplin Tarbawi Untuk Kerja Dakwah Umum (dipetik dari Tarbiatuna)

DISCLAIMER: Post yang berlabelkan 'TARBIAH' tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang alergik dengan istilah 'usrah', 'halaqah', 'ana', 'anta', 'antum', 'akhi', 'ukhti' dan banyak lagi yang anda rasa amat berkaitan dengannya. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripadanya, sila elakkan diri daripada membaca post ini kerana admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang anda akan alami selepas membacanya nanti. Admin sarankan agar cari post berlabel 'DAKWAH' untuk kandungan yang lebih sesuai dan ringan untuk anda. Sila baca dengan risiko anda sendiri. Harap maklum.

Gambar hiasan
Bismillah.

Secara peribadinya, ana belek kembali risalah yang selama ini saya biarkan dalam 3 minggu sebegitu semenjak ia diedarkan sewaktu perhimpunan tahunan ikhwah-akhawat yang lepas. Allahu akbar, ana terasa seolah ditarbiah kembali dalam keadaan kosong setelah begitu lama ana membiarkan diri ana terbuai dalam dunia kolej ana dengan isu-isu semasa yang semakin tepu otak ana difikirkannya.

Ana yakin ikhwah-akhawat sekalian ada di antara kita yang masih berpandangan bahawa risalah yang dikeluarkan oleh badan jemaah khusus buat antum sekalian seakan hanya artikel omong kosong semata, walhal mereka yang di atas sudah cuba pelbagai cara untuk menyatupadukan fikrah dakwah kita dengan sejelasnya agar amanat yang disampaikan dapat dijadikan pelaksanaan dalam medan masing-masing dan bukan hanya terkapai-kapai dalam tulisan bertaip semata.

Ana harap ikhwah-akhawat sekalian sudi meluangkan masa membaca salah satu artikel dalam risalah tersebut terutama bagi mereka yang masih kurang berusaha merajinkan diri membaca buku-buku dakwah. Sekurang-kurangnya artikel ini mampu menjelaskan dan meluruskan penghadapan matlamat antum dalam perjuangan kerja dakwah umum ini insyaAllah.

Monday, 27 October 2014

Tadabbur: Tuhan Lebih Saintifik (QS 35:27)


Gambar hiasan
Gambar hiasan

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. [QS Al-Fatir, 35:27]
Tamparan bagi mereka yang menafikan ajaran al-Quran sebagai panduan yang praktikal dan saintifik. Subhanallah!

Tuesday, 30 September 2014

Mari Saling Menasihati: Dakwah Tidak Mengenal Taraf

Kepada sang penyombong, sang pendengki serta sang pemurung kepada orang-orang yang tidak setaraf dengannya, ingatlah pada dirimu kembali bahawa Rasulullah ditegur secara langsung oleh Allah melalui surah 'Abasa, surah ke-80 ayat 1 hingga 10 atas pengabaian baginda kepada seorang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum yang ingin meminta tunjuk ajar dari baginda sendiri, di mana pada waktu itu baginda sedang sibuk melayan pembesar-pembesar Quraisy dengan mengharapkan keislaman mereka, padahal orang buta itu jelas sangat menginginkan keislaman tersebut diajarkan kepada beliau.

Dakwah dan tarbiyyah tidak mengenal erti kaum, kenegerian, pangkat mahupun status sosial. Ingatlah ramai yang tidak senasib dengan kita berkemungkinan sangat memerlukan minuman keislaman itu untuk menghilangkan kehausan hati mereka, sedang kita tidak menyedarinya.

Rujukan:
1. halaqah


Saturday, 27 September 2014

Semangat Akhirat-sentrik Atau Sindrom 8C?

(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diseterika dahi, lambung, dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka, "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.
[QS At-Taubah, 9:35]

zulan477.deviantart.com
Semalam selepas solat isyak, saya diberitahu kawan saya bahawa ada program perkongsian tentang perjalanan hidup arwah seorang pemuda yang sentiasa disebut-sebut namanya sejak kesyahidan beliau pada November 2013. Ya, tidak salah lagi, Ahmad Ammar. Dengan sedikit terkejut dan terpinga-pinga dengan ajakan tersebut kerana baru dapat tahu, saya yang hanya berpakaian sukan dengan sapuan pewangi pada tubuh yang masih agak kehangitan dengan aktiviti fizikal saya sebentar tadi terus membubuh lebih banyak sapuan. Tanpa bicara banyak, saya terus bergegas ke dewan utama untuk menghadiri program yang disebutkan pada malam itu.